Persatuan Penyelamat Lebah Malaysia

Jumpa sarang lebah?
Jangan bakar, jangan sembur.

Aktivis kami pindahkan koloni lebah dengan selamat. Lebah terselamat, keluarga anda pun selamat.

  • 323+aktivis aktif
  • 13negeri & wilayah
  • 2015mula menyelamat
Terjumpa kawanan lebah?

3 langkah mudah, mulakan sekarang

1

Jauhkan diri, jangan ganggu

Bawa kanak-kanak dan haiwan peliharaan menjauh. Jangan baling, sembur racun atau bakar sarang kerana lebah akan bertindak menyerang.

2

Ambil gambar & lokasi

Dari jarak selamat, rakam gambar atau video sarang dan catat lokasi. Ini membantu kami kenal pasti jenis lebah dan peralatan yang perlu.

3

WhatsApp hotline kami

Hantar gambar dan lokasi. Kami akan hubungkan anda dengan aktivis berdekatan untuk khidmat nasihat atau pemindahan koloni.

Hotline WhatsAppHantar gambar & lokasi sarang
Alat kenal pasti

Lebah, tebuan atau lalat?

Jawab beberapa soalan mudah dan kami tunjukkan apa yang anda jumpa: kerumunan lebah yang singgah, sarang yang sudah lama, atau serangga yang bukan lebah. Anda juga akan tahu siapa yang patut dihubungi.

Mulakan sekarang
Kerumunan lebah
Lebah tualang
Bukan lebah: tebuan
Bukan lebah: lalat bunga
Apa yang kami buat

Selamatkan lebah, lindungi manusia

Berbeza dengan kawalan perosak, kami tidak membunuh lebah. Koloni dipindahkan ke lokasi baharu atau dijaga oleh penternak.

🐝

Pemindahan koloni

Koloni lebah di rumah, siling, pokok atau bangunan dipindahkan dengan teknik yang selamat untuk lebah dan penghuni.

💬

Khidmat nasihat

Tidak semua kawanan perlu dipindah. Kawanan yang singgah sementara biasanya berlalu sendiri. Kami nasihatkan langkah terbaik.

🏫

Program kesedaran

Ceramah dan demonstrasi di sekolah, komuniti dan organisasi tentang peranan lebah dan cara hidup bersama dengannya.

🌼

Taman lebah & pendebunga

Kerjasama dengan pemaju, institusi dan komuniti untuk mewujudkan taman lebah dan habitat mesra pendebunga.

Kawanan lebah di bawah unit penghawa dingin Kawanan singgah di unit penghawa dingin
Jom selamatkan lebah!

Kenapa lebah perlu diselamatkan?

Lebah memainkan peranan penting dalam kelestarian biodiversiti. Lebah berada di permulaan rantaian makanan: ia mendebungakan bunga yang kemudiannya menjadi buah. Jika lebah pupus, ekosistem akan runtuh.

Dianggarkan 87.5% spesies tumbuhan berbunga memerlukan haiwan sebagai pendebunga. Tanpa lebah, sukar untuk mendapatkan koko, kopi, mangga, limau, jambu dan banyak lagi.

Lebah diancam kemusnahan

  • Habitat semula jadi semakin mengecil
  • Penggunaan racun serangga yang meluas
  • Hama Varroa dan penyakit: lebah kampung hampir lumpuh di Malaysia pada 1996–1997
  • Perubahan iklim
Tak mahu disengat?

Tips keselamatan bila ada lebah di rumah

Bertenang & bergerak perlahan

Jangan tepuk atau kibas lebah. Gerakan mengejut dianggap ancaman.

Jangan sembur racun atau bakar

Ia mengganas koloni dan membahayakan anda serta jiran.

Tutup tingkap & pintu berdekatan

Elakkan lebah masuk ke dalam rumah sementara menunggu bantuan.

Matikan lampu berhampiran waktu malam

Cahaya menarik lebah yang terganggu ke arah anda.

Jika disengat, kikis sengatnya

Guna kuku atau kad; jangan picit. Cuci dan tuam dengan ais.

Sesak nafas atau bengkak teruk?

Itu tanda alahan serius. Dapatkan rawatan kecemasan segera (999).

Lagi tips keselamatan ▶ Tonton video tips

Rangkaian aktivis

323 aktivis di seluruh Malaysia

Aktivis MY Bee Savior ialah sukarelawan terlatih. Setiap aktivis aktif membawa kad ID dengan kod QR yang boleh disemak oleh orang awam.

Selangor138
Kuala Lumpur / Putrajaya53
Johor35
Negeri Sembilan21
Perak17
Terengganu14
Pulau Pinang10
Pahang9
Melaka8
Kelantan7
Kedah4
Sabah4
Perlis3

Sertai kami sebagai aktivis

Minat lebah dan mahu membantu komuniti? Daftar dan sertai rangkaian penyelamat lebah.

Daftar sekarang

Semak kesahihan aktivis

Imbas kod QR pada kad ID aktivis, atau masukkan nombor ahli di sini.

Sumbangan kewangan

Bantu kami terus menyelamatkan lebah

Sumbangan anda membiayai peralatan keselamatan, kotak koloni, pengangkutan dan program kesedaran.

BankMaybank
No. akaun5121 4755 9734
Nama akaunPersatuan Penyelamat Lebah Malaysia
Kod QR DuitNow MY Bee Savior